Kenali Noon Herbs ...
Trend penjagaan kesihatan kini beralih arah kepada penggunaan ubat pelengkap dan alternatif serta suplemen pemakanan. Sesungguhnya, pengguna perubatan pelengkap dan alternatif sangat yakin dengan keberkesanan rawatan sebegini. Oleh itu, pengusaha perubatan alternatif dan suplemen perlu menitikberatkan potensi risiko, ketoksikan dan interaksi produk ke atas diri pengguna disamping manfaat terapeutik yang tidak dapat dinafikan. Ini adalah cabaran yang disahut baik oleh Noon Herbs dimana bertumpukan kepada jualan produk 100% asli dan dijamin HALAL.
Kepakaran Noon Herbs adalah dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang sering dihadapi ramai. Oleh yang demikian, Noon Herbs mengatur langkah menyediakan dan memasarkan pelbagai produk suplemen yang memaparkan testimoni positif dari pengguna dan hanya yang laris di pasaran. Itu adalah kriteria pemilihan yang sangat diutamakan dalam tunggak perniagaan Noon Herbs. Produk-produk yang dipasarkan tidak terhad kepada suplemen semata-mata. Malah, mengikut penilaian Noon Herbs produk-produk alternatif adalah menjadi fokus utama disamping tidak mengabaikan produk-produk moden dan keperluannya. Ini adalah kerana ramai diantara yang mengalami komplikasi kesihatan, yang memilih untuk mengamalkan produk alternatif adalah terdiri dari golongan yang berusia.
Antara produk suplemen yang laris, yang dicari-cari oleh pengguna adalah omega 3 6 9 yang mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Omega 3 6 9 ini juga sering diperdebatkan tentang ketelusan dalam penggunaan kapsul gelatin di dalam produk tersebut. Kebanyakkan kapsul yang digunakan adalah terdiri daripada gelatin binatang berbanding dengan gelatin tumbuhan. Adalah menjadi misi Noon Herbs untuk sentiasa prihatin akan hal ini. Noon Herbs memikul tanggugjawab memastikan produk-produk jualannnya adalah asli dan HALAL.
Noon Herbs juga tidak ketinggalan dengan permintaan yang mengalakan untuk minyak wangian. Minyak sacha inchi daripada pelbagai jenama tersedia untuk pilihan mengikut citarasa pelanggan yang juga dijamin 100% asli dan halal. Oleh itu pengguna tidak perlu gusar tentang keaslian atau kesahihan HALAL bagi produk-produk yang dijual di sini.
VISI
Menjadi pengedar produk-produk alternatif No. 1 di Malaysia.
MISI
Untuk memastikan produk-produk jualan adalah yang terlaris di pasaran, dijamin 100% asli dan HALAL.